Tuesday, July 31, 2018

Why still YOU ?

Edit Posted by with No comments
Assalamualaikum u all. Okay hari ni , i rajin nak tulis pasal si dia. macam mana kitorang kenal , macam mana kami mula berkawan rapat then putus then rapat lastly i dah bosan. Nak tahu kenapa ? hmm .. okay , i akan ceritakan okay.

Sebelum jejak kaki ke universiti payah nak masuk ni, aku ni budak kampung je yang dapat keputusan terbaik dan pelajar terbaik kat sekolah harian. Indah sangat impian aku nak jadi cikgu waktu tu. Tapi habis je SPM , bukan cikgu yang aku dapat , Askar pula.  Hhaha. Semuanya rancangan ayah aku , dan aku pula sejujurnya tak sampai hati nak tolak . Walaupun aku tahu , aku ni bukan lah budak sukan, budak fit, budak yang masuk pertandingan sana sini , totally memang budak nerd , gemuk dan lari ke perpustakaan bila ada sukan kat sekolah. Lastly, habis belajar masuk army. hahaha. lawak.

Memandangkan hasrat ayah aku , untuk masuk universiti ni, aku pun mula mencari maklumat pasal universiti ni . Wau, mantap universiti ni, tak tahulah aku mampu terpilih ke tak. Then aku cari la kawan kawan dalam facebook yang sama gak masuk universiti ni. Confirmlah ada hashtag army life hell la apa tah lagi. Dapat  sorang mamat ni. Friendly, tak sombong , pendek kata aku suka la cara dia layan aku dalam facebook. Hari demi hari menanti , keputusan universiti tu. PAP! dapat..

Pergilah aku selama semingu untuk pemilihan. Yang mamat ni pun dapat, dan aku tak pernah tahu pun dia latihan kat tempat yang sama. Macam mana aku boleh pas? hahah , aku pun tak tahu, aku dah la paling lembap sampai waktu ujian lari tu. tapi aku habiskan lah. ingat dah disqualified rupanya tak. hahah. sumpah lawak. last hari tu, aku nak tarik diri. tapi bila telefon ayah aku, hmm sedih pula. langsung tak jadi tarik diri. malu kot , rasa nak nangis bila kena marah sebab nak tarik diri. yela dah hari terakhir. Kau tak mati pun. huhu. Balik pada mamat tu hampir 3 minggu gak lah tak pm dia, yela handfon tak ada kan, rushing pula tu .

Lepas je pemilihan, keputusan menyusul, okay pendekkan cerita, aku dapat. daftarlah aku sebagai golongan pertama dalam universiti ni. dia aku tak tahu pun dia dapat. nak dijadikan cerita, sebelum aku balik dari pusat latihan hari tu, ada sorang mamat ni tegur aku, tapi aku tak sempat ambil no fon. huhu. okay then, dah seminggu masuk kelas, hmmm. aku pun baru teringat nak buka facebook . ouch, mamat tu pm aku. Hahaha. Happy gila , like macam ada moral lah. So, dia cakap dia pun dapat.

Aku ni anak bongsu tau , setiap moment yang menarik tu aku akan bayangkan macam dalam movie . haha. So, kitorang pun jadi makin rapat just dalam chat facebook tu la. hahah. Sampai satu ketika, aku tanya dia, dia kenal ke aku yang mana satu ? Actualy, aku dah find out dia mana satu tapi malu nak tegur dia. So aku pun biar je. Then dia cakap "ye , dia tahu" ohh my . Lemah jantung aku. Mcam mana dia tahu. haha. So aku cabar dia untuk tegur aku depan orang ramai. rupanya dialah mamat yang tegur aku last kat pusat latihan tu.  hahah

Malam tu baris macam biasa, dan staf pula tak ada. Bising je kat sekeliling. hahah. tetiba ...... Ada sorang mamat ni datang dekat depan aku. Dahla aku tengah duduk waktu tu . hahah sumpah mata aku tetiba bulat. dan terpaku.. "Hai,awak." Ops. Dia datang tegur aku , dan aku rasa masa terhenti kejap. then, tersenyum sorang sorang. Lepas tu ada orang jerit suh baris. Dia kompeni sebelah aku je. Hhahaha. pipi aku merah je pandang dia. Jadi , hubungan kitorang pun makin rapat . sampai ada yang cakap kitorang couple. Sebenarnya aku suka je. huhhuu.

Hubungan aku makin rengang, apabila dia tiba tiba diamkan diri, macam aku ada buat salah. waktu tu cuti panjang 3 bulan. Dan akhirnya , aku baru tahu pasal kisah hidup dia. Dan aku pun buat keputusan untuk jauhkan diri daripada dia. Just admire dia dari jauh, walaupun aku tahu dia tak suka. Genap lah setahun lebih, kitorang tak berhubung. dan dia pun , kena sakit, tak boleh buat itu ini. Aku dalam diam diam ambil berat pasal dia. Harap sangat dia boleh sembuh. Happy bila tengok dia ada kat sebelah walaupun dalam pentadbiran kompeni lain.

Sampai lah suatu ketika, waktu tu sambutan raya. Okaylah memang aku usha dia. mengaku , sebab aku suka tengok dia. tapi bila dia pandang aku buat tengok org lain. haha malu. Tetiba pm masuk, jom bergambar? waaaaa. dia pm. walaupun dah lama tak pm, aku rasa happy sangat kalau pm tu daripada dia. Aku pun pandang dia. senyum. dan terus jumpa dia. Hhhaha. Ini kali kedua hubungan kitorang rapat balik. hubungan ni lah yang paling aku suka dan kekal dalam ingatan.

Aku tanya dia direct je pasal perasaan dia dekat aku, iye memang sedih. dan dia tahu aku memang crush kat dia. tapi dia tak boleh. haha. aku pada masa ni dah tak kisah pun apa perasaan aku. so aku boleh terima , dan biarlah dia. Tapi dia tetap dalam hatiku. Kalau dia bahagia dengan pm aku , kacau aku. tak kisah langsung. Tapi ada ketika aku kecewa juga , sebab tahan perasaan aku kat dia. Hhaha rasa jadi boneka, bila dia bosan, perlukan cari aku, kalau tak , dia diam dan tinggal aku.

Sampai satu tahap, aku malas nak tahu pasal dia. just ambil berat pasal dia senyap, senyap . nak tahu macam mana? stalker dia punya akaun facebook, twitter, instagram n blog. (soorry ye) Dan dia pun dah jujur dengan aku pasal perasaan complicated dia. Dan aku dah cakap kalau perlu ruang, x yh cakap tinggal je aku dalam soalan. hahha. so aku alert la.

Haha. lama juga la kami rapat semula. dah nak genap setahun. tapi sayang , dia perlukan"ruang" kan. haha . baru aku rasa cinta aku ni dibalas , tapi sayang hahah. Penipuan rupenya. dan kami pun kembali tak rapat balik. macam aku cakap , aku dah tak kisah. so aku akan ikuti pasal dia dari jauh. sampailah dia sedar, yang aku sentiasa ada bila dia perlukan aku. walaupun aku tak ada lah seperti org lain yang mantap dalam semua benda. maafkan aku sebab malukan kau. mungkinlah dia rasa malu kawan dengan aku. so kesimpulannya, macam ni je la. aku pun tak tahu dia kisah atau tak pasal aku, dan aku pn tak kisah sama ada keaadan dia msh igt aku ke tak. just aku doakan dia happy dan bahagia. jujur aku masih crush dengan dia. walaupun dia dekat tapi hati dan fikiran dia dekat orang lain.

TAMAT.....

0 comments:

Post a Comment