Sunday, May 6, 2018

it is propaganda or it is entertainment?

Edit Posted by with No comments
Assalamualaikum dan hye. dah lama tak typing typing  dalam blog ni. haha. Sedar tak sedar dah dekat 3 tahun aku dalam dunia penipuan dan keaskaran ni, hahah, aku masih bertahan, dan aku tak tahu kenapa aku masih dalam boncah ni . mungkin dilindungi oleh doa ibu ayah yang sangat mengharapkan aku untuk jadi seorang pegawai tentera, y dimana aku sendiri tidak mahu untuk berada dalam ni. dan sehingga kini aku masih bertanya dan soalan ini sentiasa ada dalam fikiran " kenapa aku diterima masuk disini? kenapa aku masih disini?"  tiada jawapan, dan itu membuatkan aku sering kali tidak memahami apa sebenarnya ada dalam fikiran aku.

Jika orang lain memandang aku seperti aku ini kuat menghadapi semuannya, ianya salah, kerana aku juga berlakon untuk menarik perhatian orang lain. aku cuba untuk menjadi seorang yang matang dan memahami mengapa aku masih dalam boncah ini. setiap hari, aku berjalan, memandang ke langit, melihat pakaian yang aku sarungkan, adakah aku layak ? jika tidak mengapa aku memakainya. seringkali terdengar suara ayah dalam fikiran yang membuat aku terus berusaha dan kekal berada disini. Walaupun sebenarnya impian aku selama ini bukanlah disini. Dan aku seringkali cuba untuk meningkatkan apa yang aku fikir ianya patot tetapi tidak.

Apabila aku lemah, aku letih, ditindas, dipermainkan, aku mengingat kembali apa yang diberitahu ayah , " selagi kau mampu, tidak mati, berlari lah, jika tidak, berjalanlah, jika masih tidak mampu, merangkak lah, dan ianya masih tidak mampu, maka cubalah untuk berguling sehingga sampai ketempat sebenarnya." ianya tiddak mudah difahami, dibuat, atau menjadi keyakinan untuk aku teruskan perjuangan aku dalam bahagian ini. dan aku sendiri tidak mahu pun berada dalam golongan ini namun tiada istilah "berpatah balik" apabila "sudah diterima".

Dan hari ini, aku rasa sudah cukup, cukup untuk tidak mahu mengambil tahu siapa golongan ini, siapa yang harus aku faham atau ikut. bagi diri aku, aku bukan dalam golongan ini, dan aku tekad untuk tidak lagi berasa tertekan kerana mereka. bak kata orang " kerana mulut badan binasa" tp jika iannya , adalah benar , yang binasa itu akan menjadi duri dan penyesalan . dan aku bersedia untuk jujur pada diri sendiri, untuk usaha menjadi orang lain, dan mereka, sampai bila bila pun aku tak kan pernah mengaku yang aku kenal.

Maafkan aku, aku tahu limit aku, dan aku tahu apa yang aku mampu, walaupun orang lain langsung tak faham aku. asalkan masalah yang timbul bukan daripada aku, dan hanya mementingkan siapa aku. dan aku harap masa depan aku tak seteruk yang aku sangka , yang mampu untuk membahagiakan keluarga aku bukan mereka. terima kasih ya Allah.


#maafkan wahai diri. kau terpaksa menghadapinya disini.... ......

0 comments:

Post a Comment