Thursday, May 11, 2017

wHO IN my heart ?

Edit Posted by with No comments
Assalamualaikum lover and hatter. Okay, korang sihat x ? haha . mesti sihatkan. Sem akhir dah dekat, exam pun dekat. huhu. Assignment bertimbun-timbun. Mulalah nak cari markah. Dan aq rasa kali ni insyaAllah boleh . amin.

Okay, nampak tajuk tu ? who ? who? haha . Mestilah ayah dan mama kita. haha. Tapi siapa yang ketiga?? hurm, masih tiada jawapan. hahah. Okay adalah beberapa orang . Dan aq tak pasti kebenarannya. dan aq tak pasti sama ada betul atau tidak apa yang aq buat ni.

Situasi satu, dia dah lama aq kenal sejak masuk ke universiti ni. Dan sampai sekarang sentiasa bersama. huhu. tapi  dia pernah meninggalkan aq. Dengan tiba-tiba. hurm. Dan sekarang muncul pula. Kepercayaan itu dah jadi macam permainan. Semakin lama semakin jauh hati aq padanya . dan sekarang, aq tak tahu kenapa aq masih terima dia. huhu. serius tak serius? masih dalam persoalan.

Situasi dua, Baru kenal, tapi aq tak pasti apa perasaan aq kat dia. selalu sangat bercia-cia dengannya. dan aq rasa dia pun confuse. haahhah. Dia buddy aq dalam taekwando tempat mengadu lah juga. haha. dia sweet. Tapi, dia hurm, ada calon sendiri. main tarik tali.....

Situasi ketiga, kenal bila dalam batalion. haha. rapat macam kawan je pun. tapi selalu gak aq bercia-cia dengan dia. haha. Yang penting dia playboy. haha. Lama lagi kan nak tempuh dunia ashker ni. hahah. So, he is my morale up in batalion.

Situasi keempat, tah macam mana boleh rapat. Dia sweet, baik, tapi aq tak pasti apa hubungan kitorang dua ni. serius ? tak serius?  Tapi,.... hurm. hati aq selalu dub dub jumpa dia. haha. entah lahh. aq tak tahu sebenarnya siapa dia n aq. nak tinggalkan tapi... tak sampai hati.

hahh, apa pendapat korang ? ramai sangatkan? Mesti cakap  playgirl an.. haha. tapi tula aq rasa. memandangkan hati aku dah banyak kali menangis dan retak, dah tak kisah pun dengan sejenis makhluk asing "cinta". Kepercayaan, pada tu pupus. Situasi 1 selalu cakap aq x serius. Sebab aq tak dapat nak merasakan dah..  hurm.

Agak-agaknya apa ubat nya eh ? adakah tak jumpa orang yang sebenarnya lagi ? jadi aq rasa aq kena stop mengaharap stop mencari. hurm. dan ianya mula pada hari ni. ! .. hehe :)
betul x?

Who will make my heart alife ??
LOVE MEAN U HAVE TO SHOW IT NOT U TAKE ADVANTAGE ON IT

0 comments:

Post a Comment