Tuesday, April 11, 2017

Askar ke AhKer akak ? =_='

Edit Posted by with 3 comments
Assalamualaikum and hye ualls. fuhh fuhhh.. berhabuknya... pandang kiri, pandang kanan, pandang atas ,pandang bawah heheeh. Tengok tajuk tu,, gempak tak ?? hurm, tak ada apa pun sebenarnya sahaja nak share . :)

Okey. Nak jadikan cerita , dah mula rasa menyesal masuk universiti  pertahanan ni. hahah . Jujurlah , aku ni jenis suka farytale, cerita princess bagai.. Angan-angan tinggi bila aq dapat masuk universiti. hahah.  Bila masuk je universiti wau , 3 tan beb 3 tan.. haha. Tapi sebenarnya waktu exam lagi aq dah cari pasal UPNM ni. Banyak kali aq fikir nak masuk ke tak . haha . Bila dapat je temuduga , persiapan dalm masa 2 hari je . wau. Ayah aq excited gila, dia sanggup cuti untuk penuhkan barang keperluan. dan aq terkaku kejap. Aq memang akan masuk askar ke ? =_='

So, dengan hanya berbekalkan keyakinan ayah je aq dengan berani melankah dalam dunia ni. Walaupun aq sebenarnya tak kuat. Sumpah, aq memang lembut, memang selalu jaga hati orang . Selalu sangat nangis bila aq terasa sakit.hahah . Akhirnya masuk tempat yang kena hilangkan air mata .

Sakit macam mana je , aq try lah juga bertahan. walaupun ini semua harapan ayah aq. walaupun aq kena marah bila aq nangis aq tetap bertahan. Sebab tu je cara aq nak hiangkan rasa sakit yang aq rasa. Tapi bila dengan kenkawan aq tak nak menangis tak tahu kenapa. Mungkin nak bajet kuat . Yang pelik sekuat hati mana pun tahan untuk tak nangis , aq tetap nampak macam aq ni menangis bila aq sedang cuba mengawal emosi aq.

Aq sangat sangat fikirkan tentang perasaan aq sendiri, orang lain pun x faham aq. hahah. Hurmm. Moral up tak ada ke ? hah ni aq nak cerita . Bab moral up ni , hurm aq rasakan semenjak aq pergi latihan ketenteraan ni aq je yang moral up diri sendiri. haha. Tapi adalah yang aq berkenan . hee . Tapi dia ni nampak sombong. huhu.After latihan ketenteraan, aq memang cuba berubah 360 laa.. Kalau dapat keluar je aq akan keluar sorang menikmati alam sekitar. ikut suka nak pergi mana. Mana aq nak pergi aq pergi. haha. Semua orang pelik, sebab aq memang macam ni. 

Sekarang aq memang banyaklah luangkan masa dengan diri sendiri. Bab moral up ni, ramai sangat yang aq jadikan contoh. hahah. Tapi ramai-ramai tu, yang aq minat tu lah dah berpunya. sedih :(.
Whatever... Bukan dia tahu punkan aq suka dia, suka tengok dia. Yang rapat an aq sume mengarut je.
So tetiba terfikir nak tinggalkan je . HEHE. Kejam x ? Biasalah , semenjak hati dah broken gila sejak kejadian an kawan baik aq tu, balik kampung pun aq dah tak nak. Jadilah maaflah ye lelaki. aq memang benci korang. so hati-hati. 


Tapi kawan baik aq tetap guys, just still la ada batas. If the story is not good to share i will not tell it. Eh , dah melencong sangat ni. hahah. sorry sorry. Jujur aq cakap, aq memang beruniform,dengar arahan, cuba tak menangis bila sakit, mula terima kesalahan orang lain kesalahan aq juga tapi aq jiwa aq tetap bukan askar. Aq tanam sedalam-dalamnya, aq nak graduate , ditauliahkan dan waktu aq terima watikah aq nak ayah aq yang ambil. Dan waktu tu aq akan rasa sangat lega bila ayah menangis riang. lama lagii... Banyak lagi kena tempuh ... So tahun ni dekan wey .. dekan .. Amin. Nah la gambar sikit.hehe.

askar ke ?

duty

best friend. hawks.

wuuu... 
best friend juga. ni yang terbaik !
aucakk ... :) "I WILL TRY MY BEST TO BE LIKE U WANT FATHER "


"WISH ME LUCK." - "SMILE WHEN U STILL CAN SMILE"


3 comments:

  1. Kau kuat serious kau kuat.. Jgn jadi mcm aku.. Belajar sungguh2 tau.. Ape2 aku support kau.. 😊😊

    ReplyDelete
  2. Kau kuat serious kau kuat.. Jgn jadi mcm aku.. Belajar sungguh2 tau.. Ape2 aku support kau.. 😊😊

    ReplyDelete