Saturday, December 15, 2018

PenaNg Tour :)

Edit Posted by with No comments
Assalamualaikum uall. fuhh,, fuhhh. Berhabuk blog sis. haha. Hari ni sis nak kongsi perjalanan sis ke PULAU PINANG. Wuhuu.. Ia sesuatu memori yang sgt terindah.  Hahah . dengan sapa ? haha adalah . Rahsia. hahah .

Jadi sis dah rancang nak pergi penang ni 2 minggu. Hahah. betul betul serius nak pergi dan pada masa yang sama sis simpan duit la. haha . Okay ni jadual. Ada jadual bai.. haha

Jumaat malam

2100 bertolak

Sabtu

0600 sampai penang
0700 Pantai Batu feringgi
0900 Makan
1000 Taman Rimba Pulau Pinang
1200 Check in penginapan
1500 Kek Lok si Temple
1700 Balik rehat
2000 Shopping Mall
2200 Tidur

Ahad

0700 Bukit Bendera
1200 Check out
1400 Entopia
1600 Penang Art Street
1800 Balik KL

Hah ni la jadual sis. tapi untuk hari sabtu tu petang tu tak dapat pergi temple . Sebab driver tidur . haha So, kami pergi shopping mall je . Pergi la Plaza Gurney. Makan je kat situ . Haha.
Tempat palling best pergi Taman Rimba PP , Bukit bendera dengan Entopia.

Taman rimba tu tempat mandi manda. Air bukit tapi diorang buat macam empangan atau parit. tempatnya cantik gila, sesuai lah nak buat camping ke bakar-bakar ke. Air terawat dan jernih boleh nampak dasar. huhu.

Lepas tu, bukit bendera semua tahukan. Kami naik train dekat ayer hitam. Ada dua jalan nak e bukit bendera. Satu lagi boleh ambil jeep dekat taman botani. Tapi mahal lah. better ambil train walaupun ramai orang dan lambat.. Harga tiket ↓


Laluan biasa RM 10 (Mykad) pergi-balik
Laluan Fastlane RM 40 (Mykad) pergi-balik

Kalau ambil jeep

satu kereta RM 160 pergi-balik

Ada harga tiket untuk bukan pemegang mykad tapi sis lupa. hee. Fastlane tu istimewanya laluan sama tapi diorang diutamakan dulu lah. tu je. haha.
Sampai je kat atas, WOW !  tu la perkataan y sis sebut . haha. Cantik sangat. Hadiah atau cenderahati sesuai lah beli kat sini, sebab murah dan cantik-cantik. Tempat makan pun ada kat atas tu. haha. Sesuai lah untuk pasangan kekasih.

Entopia pula taman haiwan kecil macam llipas,semut, rama-rama. Cantik taman kat dalam tu . Harga tiket RM 45 (Mykad) . Berbaloi sebab tempat dia menarik. boleh lah nak pegang rama-rama secara natural. huhu. Ni pun sesuai bagi pasangan kekasih . hahha.

Lepas tu penat berjalan kitorang pun pergi makan. haha

Okey Jom Usha gambar :) ↓

Pantai Batu Feringgi





Taman Rimba :)


Bukit Bendera 








Entopia :)







Done . Lepas ni nak pergi mana pula ye :) Ada cadangan tak ??